Friday, July 20, 2012

Happy fasting 2012 :)

Assalamualaikumm ahli Syurga :D Harini sahaja saya nak meluangkan sedikit masa untuk menaip di blog kesayangan . kehkehkeh.. Alah bucuk-bucuk . Meh sini meh kita nak taip sikit . Mueheheh . Rajin betul aku kan nak menaip, buku tak rajin pulak aku nak menaip kan ? Eh, buku pun kena menaip ke ? ngehngehngeh.. Almaklumlah, next week exam !

So, dengan ini saya yang diberi nama Siti Nurfatin Bt Abd Razak anak kepada Abd Razak Bin Ismail dan Rosliza Bt Saad ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dalam bulan Ramadhan yang begitu mulia ini . Saya ingin meminta maaf dari hujung rambut ke hujung kuku kaki . Ya, manusia tidak akan pernah terlepas daripada membuat kesilapan kan ? So, saya merayu sangat . Sebab kalau boleh, saya nak menyambut bulan Ramadhan ini tanpa sedikit dosa pun . Maafkanlah eh eh... pelieussss ? eheh, pikir kau comel ?

Saya tahu kadang2 saya nie poyo gila tahap gaban kan ? Perasan gila nak mampus kan ? Kadang2 tu main lepas cakap je kan ? Ya, sebenarnya semua tu hanyalah gurauan semata-mata . Tak ter-niat dari otak ke hati pun . eheh, yeke ? 


hahah, ignore ! serabut..

Moga Ramadhan kali ini, Ramadhan yang lebih baik daripada tahun yang lepas . Mari kita bersama-sama banyakkan amalan baik pada bulan Ramadhan ni . Banyakkan berzikir, bersedekah dan perkara2 sunat . " Sebaik-baik amalan adalah amalan di bulan Ramadhan " Insyaalahh .

Assalamualaikum, doakan saya untuk exam minggu depan :)