Sunday, June 24, 2012

Pemalas ohh pemalas :)

Assalamualaikum.. Siapa tak jawab dosa dan siapa jawab dia comel . K . hehe.. berzaman aku tak membebel dekat blog ni kan ? Last post pun, aku post pasal lagu ape tu ? lagu ape hah ? alahh, lagu tuu . yang tu lah, haa yang tu tu . Yeah, yang tu ! ahah, ape aku nie . *k. peace*

Ye, harini aku nak cerita sikit . Aku selalu kena marah sebab pemalas . Tak kesah lah, malas baca buku ke, malas buat homework ke, malas kemas rumah ke, malas cuci pinggan ke or whatever yang berkenaan ?
Yang paling banyak aku kena marah sebab malas basuh baju, sidai baju, lipat baju, sapu sampah, cuci pinggan, masak and semua yang berkenaan dengan rumah ! Itulah yang aku selalu kene marah . Tak sah satu hari, kalau tak kene marah semua pasal bende nie . Mesti kene punya lah . Serious ! Kalau tak kene marah tu kan ? mesti aku rasa lain macam . Dan aku akan buat mak aku marah jugak pasal semua bende nie ? macam mana tu > ehehh, adala..

Tahun nie, jam ke jam, hari ke hari, bulan ke bulan, makin lama penyakit aku, makin merebak . Penyakit pemalas itu ! Yeah.. tidak tahu dari mana datangnya virus penyakit itu . Aku cuba untuk membunuh penyakit itu . Tapi malangnya, virus penyakit itu makin merebak ke seluruh badanku yang gemok lagi montel ini . Entah kenapa pun tak tahu ? Dari mana datangnya ? Kenapa dia datang ? Apa tujuannya ? Aku masih ter-fikir.. 

Mungkin sejak selepas habis PMR tahun lepas . Aku semakin malas hendak pegang buku . Ni kan pulak baca buku, kalau pegang buku pun tidak hendak ? Kononnye nak honeymoon sebentar kate orang . Yelah, mana taknya asyik baca buku 24/7 untuk PMR . *Caittt !* PMR pun hampehh . Yelah, apakan daya aku ? Aku hanya insan biasa . Itu sahaja yang aku ter-mampu buat masa PMR yang lalu . Jika boleh diundurkan masa balik, aku akan belajar dengan gigih lagi . Insyaallah..

Dan ya, mungkin sejak itu, virus penyakit itu mula menetap dalam badan aku . Lalu, mereka mula membiak dan membiak . Setelah itu, PM virus itu telah memerintah kepada semua kaum kerabatnya untuk mengawal seluruh tubuh aku supaya menjadi semakin pemalas . Sebab itu, impaknya telah berlaku sekarang . Sampaikn, mak aku telah melabelkan aku sebagai 'pemalas' . Kate tok aku, 'anak dara pemalas' . Itu dia namanya ! cantik betul nama yg telah dilabelkan kepadaku . Aku terima dengan seadanya . Tapi, apabila  aku telah dilabelkan nama seperti itu, mulut aku pasti akan ter-keluar 2 perkataan ini "mana adaa !" . Ya, aku pun tak tahu kenapa aku selalu menyebut 2 perkataan itu . Dengan sepantas kilat aku akan membantah mengguna perkataan itu . Padahal, aku sudah tahu, aku nie kadang2 pemalas . Ye, mungkin "mana adaa" itu comel bagi aku . Sebab itu aku selalu gunakannya ! hhehe.. 'mungkin'

Kawan2 pun, kadang2 melabelkan aku 'pemalas' . Ya, aku terima . Tapi kadang2, aku membantah juga . Sahaja ingin melawan mulut . Dan suara aku akan semakin kuat apabila, aku tak puas hati melawan mulut . Sebab itu aku selalu menang, ramai orang aku sudah kalahkan ! Yeah, tanyalah siapa2 yang berdekatan .  Pasti meraka kata, fatin selalu menang . ahahah ! the one and only fatin . muehehe, mohon maaf ya .

Sekarang, aku selalu tak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu . Lagi2, addmath . Aku jarang buat sekarang . Sampaikan, aku perlu meminjam beberapa buku daripada kawan untuk menyalin . Di dalam kelas pun, aku kurang memberi tumpuan . Mata pandang cikgu, tapi otak aku pergi bersiar2 entah kemana pun tak tahu . Satu habuk pun tidak lekat di kepala otak aku ini . Allah sahajalah yang tahu, betapa beratnya penyakit pemalas dalam diri ku ini . Otak aku pun semakin hari, semakin lambat berfungsi . Aku memerlukan cas untuk otak aku supaya dia dapat berfungsi dengan elok .

Kali ni, sudah masuk penggal kedua . Aku ingin membuang penyakit pemalas itu dari badanku  . Aku tidak kira . Aku akan berusaha sedaya upaya untuk menghilangkannya . Jauhkanlah penyakit pemalas itu daripada aku . Aku nak belajar . Tahun depan aku akan berhadapan dengan SPM . SPM itu adalah segalanya bagi aku . Insyaallah, aku nak dapat 9A+ . Mohon doa . amin..

Itu sahaja lah, coretan hati yang panjang melebar . Assalamulaikum :D 








No comments:

Post a Comment